Biografi Muslihuddin Mushrif ibn Abdullah

Dilahirkan di Shiraz, Parsi, Sheikh Saadi berhijrah ke Baghdad ketika berusia muda bagi mempelajari sastera Arab dan juga Sains Islam di Al-Nizamiyya, Baghdad (1195-1226).

Disebabkan ketidak keruan keadaan empayar Islam selepas pencerobohan Mongol, beliau menjelajah ke Anatolia, Syria, Mesir dan Iraq. Dalam hasil tulisannya, beliau turut menjelajah sejauh India dan Asia Tengah. Saadi ini bagaikan Marco Polo yang merantau ke negeri-negeri asing dari tahun 1271 hingga 1294. Perbezaan antara dua tokoh ini ialah Marco Polo menjelajah ke negeri-negeri kaya dan bergaul dengan bangsawan-bangsawan, tetapi Saadi pula bergaul dengan orang yang terselamat dari keganasan Mongol. Beliau bertemu dan berbicara dengan pedagang, petani, pengkhutbah, kelana, pencuri dan ahli Sufi. Sekurang-kurangnya 20 tahun, beliau melakukan perkara yang sama iaitu memberi khutbah, menasihati masyarakat, menuntut ilmu, dan memperbaiki khutbahnya supaya diisi ilmu-ilmu yang berguna.

Apabila beliau pulang ke tempat kelahiran beliau, Shiraz, beliau telah pun berumur. Kepulangan beliau diraikan penduduk bandar itu. Malahan, pemerintah wilayah Shiraz juga turut meraikan kepulangan beliau. Sebagai balasa terhadap budi baik pemerintah Shiraz, beliau menggunakan nama pemerintah itu iaitu Saadi ibn Zangi sebagai nama pena beliau. Saadi juga turut menulis beberapa puisi bagi menghargai layanan baik pemerintah Shiraz ini. Beliau kemudiannya menghabiskan masa tuanya di bandar ini.